Wednesday, July 1, 2009

Perhatian kepada semua pelawat

Untuk perhatian semua, Jawatankuasa Pusat Islam telah menukar nama dengan nama Persatuan Ukhuwah atas beberapa konflik yang berlaku di politeknik.

oleh yang demikian anda boleh melawat blog baru Persatuan Ukhuwah di

www.ukhuwahpsis.blogspot.com

Minta maaf kepada semua senior JPI yang lepas kerana permasalahan ini.
blog tersebut dalam peringkat naiktaraf dan sedang mengumpul ahli untuk memeriahkan blog tersebut. jika tidak keberatan diminta senior JPI yang mungkin juga penulis dalam bidang dakwah untuk menyumbangkan penulisan anda di blog sana..

sekian terimakasih dan harap maaf kerana kekurangan ini.

Daripada Administrator Blog Persatuan Ukhuwah

Saturday, September 13, 2008

Dari Meja devloper team...

Salam Ramadhan....

Sejarah dunia telah membuktikan bahawa kepentingan media massa amat penting sekali. propaganda yang dilancarkan seperti suatu senjata yang ampuh untuk suatu serangan awal sebelum serangan fizikal dilakukan. dengan media massa juga maklumat berguna mudah disebarkan, ini menunjukkan bahawa betapa pentingnnya media massa.

Menyedari kepentingan itu team devloper telah memutuskan akan menyampaikan cadangan didalam mesyuarat penjenamaan semula jpi untuk mewujudkan satu badan atau exco khas yang memantau dan menyelengara blog ini. segala cadangan dan pendapat dari saudara dan saudari amatlah berharga bagi kami. kami juga bercadang untuk menaik taraf blog ini kepada .com nya sendiri. Insyaallah jika diizinkan Allah. satu pelancaran blog akan diadakan bagi menghebahkan lagi usaha kita Insyallah

tun - abuya

Penjenamaan JPI

Salam Ramadhan kepada semua ahli pusat Islam dan semua pelajar, pensyarah, staf dan rakan - rakan. Semoga Ramadan ini membawa barakah kepada kita insyallah.

Untuk makluman semua, Jawatan kuasa Pusat Islam atau JPI sedang dalam proses penjenamaan semula bagi melicinkan dan memudahkan lagi segala usaha dan perancangan yang dibuat dari segi kelulusan, kewangan dan mengikut saluran dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pentadbiran (HHP K&D).

Satu mesyuarat Induk telah diadakan dan telah membincangkan proses - proses yang perlu bagi memantapkan lagi usaha JPI yang telah berusia hampir 5 tahun. Insyallah satu pengunuman dan perjumpaan untuk semua ahli pusat islam akan diadakan bagi perasmian penjenamaan Semula JPI (pelajar).

Namun Begitu Jawatankuasa pusat Islam peringkat Staf dan pensyarah masih dikekalkan bagi memenuhi syarat jawatan kuasa rasmi yang menguruskan pusat islam bagi peringkat Jabatan Agama Islam Selangor.

"Nama yang Berlainan, Komitmen yang sama"

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Kami dari ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Pusat Islam mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terdapat pelbagai program dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini. Jadi sama-sama kita sambut dengan penuh keikhlasan, keimanan, ketaqwaan. Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat seluruh umat Islam

Monday, August 25, 2008

PERJUMPAAN JPI DAN API





Adalah dimaklumkan bahawa satu perjumpaan akan diadakan pada:

Tarikh : 28hb Ogos 2008 (Khamis)

Masa : 9.10 malam (selepas solat Isyak)

Tempat : Ruang Legar,Pusat Islam


Antara agendanya:

- Back to College

- SMS Berangkai
- AMNM (Amar Makruf Nahi Mungkar)
- Sharing with us (Muslimin)
- Usrah (Muslimin)


Diharap agar anda semua dapat hadir pada perjumpaan ini. Kehadiran diwajibkan. Berpakaian berwarna hitam dan menutup aurat.
Harap Maklum

Monday, August 4, 2008

Mutiara Kata

MUTIARA KATA
SHEIKH ABDUL KADIR JAILANI

• Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatkah kelebihan yang ada padanya.dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,”mudah2an jadikan dia di sisi allah lebih baik daripada aku dan semoga allah menggangkat darjatnya.”

• Sekiranya dia seorang yang lebih muda daripada engkau,katakanlah,”dia belum menderhaka kepada allah maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.”

• Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah,”dia adalah orang yang terlebih dahulu menyembah dan berbakti kepada allah daripada aku.”

• Sekiranya dia seorang yang alim,maka katakanlah,”dia telah diperolehkan daripada allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.”

• Sekiranya dia seorang yang jahil,maka katakanlah,”dia adalah orang yang menderhaka kepada kepada allah kerana kejahilannya.sedangkan aku menderhaka kepada allah dalam keadaan aku mengetahui bagaimana kesudahan aku dan dirinya.”

• Sekiranya dia seorang yang kafir,katakanlah,”aku tidak tahu,mungkun dia akan memeluk islam dan mati dalam keadaan husnul khatimah dan mungkin aku akan jadi kafir dan mati dalam keadaan suul khatimah.”

Sunday, July 27, 2008

Dari meja blog developer team..

Assalamualaikum dan salam perjuangan....

Semua telah sedia maklum bahawa segala info, maklumat, hebahan dan semaksud dengannya akan dibuat melalui web blog pusat islam. Oleh itu kepada semua MT sila hubungi saya untuk mendapatkan JEMPUTAN KHAS untuk tujuan mengekses dashbord blog Pusat Islam.

Blog ini juga akan dilengkapi dengan pautan - pautan seperti pautan tazkirah, pautan perniagaan, info JPI dan pelbagai lagi.

segala cadangan dan kritikan sila emailkan kepada jkpi.psis@yahoo.com

salam perjuangan dari saya......

tun-abuya



  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP