Saturday, September 13, 2008

Penjenamaan JPI

Salam Ramadhan kepada semua ahli pusat Islam dan semua pelajar, pensyarah, staf dan rakan - rakan. Semoga Ramadan ini membawa barakah kepada kita insyallah.

Untuk makluman semua, Jawatan kuasa Pusat Islam atau JPI sedang dalam proses penjenamaan semula bagi melicinkan dan memudahkan lagi segala usaha dan perancangan yang dibuat dari segi kelulusan, kewangan dan mengikut saluran dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pentadbiran (HHP K&D).

Satu mesyuarat Induk telah diadakan dan telah membincangkan proses - proses yang perlu bagi memantapkan lagi usaha JPI yang telah berusia hampir 5 tahun. Insyallah satu pengunuman dan perjumpaan untuk semua ahli pusat islam akan diadakan bagi perasmian penjenamaan Semula JPI (pelajar).

Namun Begitu Jawatankuasa pusat Islam peringkat Staf dan pensyarah masih dikekalkan bagi memenuhi syarat jawatan kuasa rasmi yang menguruskan pusat islam bagi peringkat Jabatan Agama Islam Selangor.

"Nama yang Berlainan, Komitmen yang sama"

0 comments:



  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP