Saturday, September 13, 2008

Dari Meja devloper team...

Salam Ramadhan....

Sejarah dunia telah membuktikan bahawa kepentingan media massa amat penting sekali. propaganda yang dilancarkan seperti suatu senjata yang ampuh untuk suatu serangan awal sebelum serangan fizikal dilakukan. dengan media massa juga maklumat berguna mudah disebarkan, ini menunjukkan bahawa betapa pentingnnya media massa.

Menyedari kepentingan itu team devloper telah memutuskan akan menyampaikan cadangan didalam mesyuarat penjenamaan semula jpi untuk mewujudkan satu badan atau exco khas yang memantau dan menyelengara blog ini. segala cadangan dan pendapat dari saudara dan saudari amatlah berharga bagi kami. kami juga bercadang untuk menaik taraf blog ini kepada .com nya sendiri. Insyaallah jika diizinkan Allah. satu pelancaran blog akan diadakan bagi menghebahkan lagi usaha kita Insyallah

tun - abuya

Penjenamaan JPI

Salam Ramadhan kepada semua ahli pusat Islam dan semua pelajar, pensyarah, staf dan rakan - rakan. Semoga Ramadan ini membawa barakah kepada kita insyallah.

Untuk makluman semua, Jawatan kuasa Pusat Islam atau JPI sedang dalam proses penjenamaan semula bagi melicinkan dan memudahkan lagi segala usaha dan perancangan yang dibuat dari segi kelulusan, kewangan dan mengikut saluran dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pentadbiran (HHP K&D).

Satu mesyuarat Induk telah diadakan dan telah membincangkan proses - proses yang perlu bagi memantapkan lagi usaha JPI yang telah berusia hampir 5 tahun. Insyallah satu pengunuman dan perjumpaan untuk semua ahli pusat islam akan diadakan bagi perasmian penjenamaan Semula JPI (pelajar).

Namun Begitu Jawatankuasa pusat Islam peringkat Staf dan pensyarah masih dikekalkan bagi memenuhi syarat jawatan kuasa rasmi yang menguruskan pusat islam bagi peringkat Jabatan Agama Islam Selangor.

"Nama yang Berlainan, Komitmen yang sama"

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Kami dari ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Pusat Islam mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terdapat pelbagai program dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini. Jadi sama-sama kita sambut dengan penuh keikhlasan, keimanan, ketaqwaan. Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat seluruh umat Islam



  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP