Monday, August 4, 2008

Mutiara Kata

MUTIARA KATA
SHEIKH ABDUL KADIR JAILANI

• Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatkah kelebihan yang ada padanya.dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,”mudah2an jadikan dia di sisi allah lebih baik daripada aku dan semoga allah menggangkat darjatnya.”

• Sekiranya dia seorang yang lebih muda daripada engkau,katakanlah,”dia belum menderhaka kepada allah maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.”

• Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah,”dia adalah orang yang terlebih dahulu menyembah dan berbakti kepada allah daripada aku.”

• Sekiranya dia seorang yang alim,maka katakanlah,”dia telah diperolehkan daripada allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.”

• Sekiranya dia seorang yang jahil,maka katakanlah,”dia adalah orang yang menderhaka kepada kepada allah kerana kejahilannya.sedangkan aku menderhaka kepada allah dalam keadaan aku mengetahui bagaimana kesudahan aku dan dirinya.”

• Sekiranya dia seorang yang kafir,katakanlah,”aku tidak tahu,mungkun dia akan memeluk islam dan mati dalam keadaan husnul khatimah dan mungkin aku akan jadi kafir dan mati dalam keadaan suul khatimah.”

0 comments:



  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP